Diy : Pengurusan Pesakit Strok Di Rumah

USD $ 10.99

Buku berkenaan pengurusan pesakit strok dalam versi Melayu ini julung kalinya diterbitkan di Malaysia. Buku ini banyak menyentuh berkaitan masalah strok secara umum, proses kejadian strok dan yang paling menarik ianya menyentuh dengan agak terperinci berkaitan penjagaan pesakit strok di rumah seperti kaedah melakukan fisioterapi, menyediakan makanan dan memberi makanan kepada pesakit, melakukan senaman rehabilitasi dan keseimbangan badan serta bagaimana membantu pesakit dalam membaiki keupayaan kendiri mereka demi meningkatkan kualiti hidup pesakit dan penjaga.

Memandangkan lebih 70 peratus penduduk Malaysia adalah beragama Islam, buku ini menerangkan dengan lebih lanjut kaedah mudah melaksanakan tuntutan agama iaitu solat dan beberapa ibadah yang lain seperti puasa dan juga bermusafir.

Perkara ini amat penting diberi perhatian kepada pesakit dan penjaga kepada pesakit strok yang beragama Islam akan tuntutan untuk melakukan solat walau dalam keadaan apa sekali pun. Diharap, agar persoalan bagaimana kaedah mengambil wuduk dan melakukan solat yang bersesuaian dengan keadaan pesakit (rukhsah) dapat dijawab dengan baik.

Tidak ketinggalan, buku ini menyentuh berkaitan keperluan tuntutan seks kerana ianya adalah naluri semula jadi seorang manusia. Penulis merasakan perkara ini perlu diketengahkan memandangkan masalah serta pergolakan rumahtangga bisa terjadi jika ianya tidak dapat ditangani dengan bijaksana. Selain itu, banyak lagi isu-isu yang dikupas dan amat penting untuk dibaca, diteliti dan difahami oleh semua pihak bukan sahaja untuk pesakit dan penjaga pesakit strok. Harapan akhir penulis agar semua lapisan masyarakat dapat menjaga kesihatan diri, mengelakkan dari risiko terjadinya strok dan membantu meningkatkan kualiti hidup pesakit.

Email

Additional information

Type

Hardcopy

Authors

Nik Rosmawati Nik Husain, Rosediani Muhamad, Zuraida Zainun

ISBN

978-983-0468-61-7

Year Published

2014

Pages

231

Delivery

1-2 weeks for Malaysia
5-8 weeks for Worldwide

 

Vision

To become an excellent and distinct publisher

Mission

To be a catalyst for publication culture among scholars and as a main channel for publishing academic works of high quality