Mazhab Syafi’i Legasi Pengaruhnya di Malaysia

USD $ 9.09

Mazhab Syafi‘i merupakan mazhab yang diasaskan oleh Muhammad bin Idris al-Syafi‘i ataupun dikenali sebagai Imam al-Syafi‘i. Mazhab ini dianggap sebagai salah satu daripada empat mazhab fiqh utama dalam Islam dan telah menjadi pegangan dan amalan masyarakat Islam di Nusantara termasuklah di Malaysia. Pengaruh Mazhab Syafi‘i sangat dominan kepada masyarakat Islam di Malaysia terutama dalam perkara berkaitan ibadah. Kedudukan Mazhab Syafi‘i di Malaysia telah diperkukuhkan lagi berdasarkan peruntukan perlembagaan dan enakmen-enakmen setiap negeri yang berorientasikan Mazhab Syafi‘i sebagai rujukan utama.

Buku ini membincangkan sejarah perkembangan Mazhab Syafi‘i pada peringkat  awal kedatangan Islam ke Tanah Melayu. Selain itu, buku ini mengutarakan pengaruh Mazhab Syafi‘i dalam bidang pendidikan, perundangan dan penfatwaan di Malaysia. Daripada perbincangan ini, legasi dan kedudukan serta pengaruh Mazhab Syafi‘i di Malaysia dapat dilihat dengan jelas. Buku ini disimpulkan melalui perbincangan berkaitan cabaran yang dihadapi oleh Mazhab Syafi‘i di Malaysia pada masa kini. Buku ini diharap dapat menjadi rujukan bagi meningkatkan pemahaman dan pengetahuan yang mantap berkenaan pengamalan Mazhab Syafi‘i di Malaysia.

Additional information

Author

Wan Mohd Khairul Firdaus Wan Khairuldin, Muhammad Alif Md Aris, Abdul Hanis Embong

ISBN

978-967-2231-21-9

Type

Hardcopy

Delivery

Local: 1-2 weeks
International: 4-8 weeks

Since July 2007 till early 2009, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) publication activity was placed under the Research and Innovation Centre. Beginning in early 2009, the Publishing Centre was set up to independently handle the university’s scholarly publishing program. Under the transformation idea introduced by the university’s top management, it was rebranded in early 2013 and named as UniSZA Press.