Tenggiling Sunda Khazanah Alam Malaysia

USD $ 10.99

Tenggiling Sunda atau Malaya (Manis javanica, Desmarest) merupakan mamalia yang sangat unik dan satu-satunya spesies tenggiling yang direkodkan di Malaysia. Spesies ini mempunyai karismanya yang tersendiri sebaris dengan haiwan ikonik lain seperti gajah dan harimau. Dikategorikan sebagai sangat terancam menyebabkan haiwan ini memerlukan perhatian dan perlindungan yang sewajarnya. Berpegang kepada prinsip “ilmu adalah senjata yang paling ampuh”, Kumpulan Penyelidikan Tenggiling UMT berusaha mendokumentasikan beberapa aspek berkaitan tenggiling dalam buku ini sebagai salah satu usaha mendidik masyarakat dan generasi akan datang supaya lebih menghargai khazanah alam di Malaysia. Rupa fizikal, taburan dan habitat, peranan ekologi, ancaman, usaha konservasi, mitos dan kepercayaan dan penyelidikan saintifik adalah merupakan sebahagian aspek yang disentuh dalam buku ini. Buku ini dinilai amat berguna kepada para pelajar dan penyelidik zoologi, veterinar dan juga biodiversiti. Semoga dengan penerbitan buku “Tenggiling Sunda Khazanah Alam Malaysia”, transformasi minda pembaca ke arah “Celik Alam Sekitar” akan berjaya dipupuk.

Email

Additional information

Author

Muhammad Hafiz Sulaiman dan Chong Ju Lian

ISBN

978-967-0962-47-4

Year Published

2016

Pages

114

Type

PDF copy

UMT Press objectives are:

  1. To produce high quality academic works
  2. To promote interest in research, writing and translating among UMT members
  3. To produce more expert writers in their own fields