Panduan Penulisan Memoir, Autobiografi & Biografi

USD $ 14.99

Menulis adalah suatu kerja seni. Oleh itu, untuk menulis sebuah kisah hidup perlukan kebolehan dan kemahiran yang unik. Penulisnya mesti mengenali dengan mendalam subjek atau tokoh yang akan ditulisnya. Penulis juga mesti sabar membuat penyelidikan, bertekun dengan manuskrip yang ditulisnya, teliti menyemak fakta yang didapatinya dan bakal dikarangnya.

Biografi, autobiografi, memoir, travelog, kumpulan surat peribadi adalah beberapa bentuk tulisan dalam genre ini. Semuanya adalah sama – kisah hidup manusia. Manusia yang dipilih untuk ditulis kisah kehidupannya mestilah seorang yang memiliki cerita yang unik dan menarik. Watak, perwatakan dan perjalanan hidupnya perlu dibentangkan dalam pelbagai plot dan latar, menggunakan dialog dan monolog sehingga menimbulkan pelbagai corak, warna warni dan hiruk-pikuk dalam kehidupannya. Nah, buku ini memberikan panduan, petua, pedoman dan pelbagai teknik dan gaya dalam penulisan kisah hidup manusia. Contoh yang diberikan dalam buku ini juga diangkat daripada biografi yang berjaya.

10 in stock

Email
Academic Work By : UPM Press
SKU: upm-36 Category: Tags: , , , , , ,

Additional information

Type

Hardcopy

Author

Roosfa Hashim

ISBN

978-967-344-535-6

Year Published

2016

Pages

204

Delivery

2-3 weeks

upm-intllab

UPM Press is responsible in building a high quality academic publications either in English or Bahasa Malaysia. Works created by our academicians are means to contribute to the body of knowledge, disseminate knowledge and information for the benefit of mankind. The academic works too will help to boost the success of UPM’s strategic plan, namely to increase the level of achievement, research and innovation at the international level.