HIV / AIDS Dan Isu Stigma

USD $ 6.39

Buku ini memberikan gambaran dan pendedahan sebenar kepada pembaca tentang senario berkaitan virus dan penyakit HIV/AIDS masa kini. Kadar jangkitan berdasarkan umur, bangsa, pekerjaan dan sebagainya disertakan bagi menunjukkan semua pihak perlu memberikan perhatian dan kerjasama bagi mencegah penyakit ini daripada terus meningkat. Gambaran dan penjelasan sebenar diperlukan oleh orang ramai disebabkan rasa takut kepada penyakit tersebut serta bagi mengatasi daripada persepsi negatif terus diberikan kepada pesakit dan penyakit HIV/AIDS.

Walaupun penyakit ini sering dikaitkan dengan aktiviti sosial yang berisiko tetapi sebagai anggota masyarakat kita tidak boleh terus menghukum mereka yang terlibat atau yang telah dijangkiti penyakit ini. Tindakan memulau, mengasingkan atau mendiskriminasikan mereka akan menyebabkan penyakit ini sukar untuk dicegah. Pembaca juga didedahkan dengan fenomena (masalah) stigma yang dilalui oleh mereka yang menghidap HIV/AIDS.

Salah satu keistimewaan buku ini adalah perbincangan dan pendedahan terhadap beberapa isu yang dialami berdasarkan konteks tempatan. Turut dikongsikan adalah maklumat dan penemuan hasil kajian termasuk bentuk stigma, punca stigma, pendedahan status kesihatan, serta persepsi penghidap HIV/AIDS terhadap penyakit tersebut. Isu-isu tersebut perlu difahami dengan jelas kerana negara ini masih kekurangan bahan bacaan yang membekalkan maklumat berkaitan dengan isu sosial dan HIV/AIDS. Isu berkaitan stigma turut dibincangkan berdasarkan teori yang dipelopori oleh Goffman.

Kajian yang telah dilakukan dapat memberikan impak dan aplikasi terhadap praktis kerja sosial iaitu berkaitan cabaran yang akan didepani oleh pekerja sosial yang mengendalikan kes atau isu berkaitan HIV/AIDS.

Email

Additional information

Type

Softcopy, PDF

Authors

Rajwani Md. Zain

ISBN

978-967-0474-25-0

Year Published

2012

Pages

68

i) To encourage scholars in the University to publish their scholarly work or teaching materials either in books, monographs or journals that meet publication standards.

ii) To encourage writings and translations into Bahasa Malaysia that have academic values and are beneficial to be used as teaching materials.
iii) To consider any works that can be published under the University’s IMPRINT.
iv) To print, distribute and sell any works that can be published under the University’s IMPRINT.
v) To have publication collaborations with Dewan Bahasa dan Pustaka and other scholarly publishers outside UUM.
vi) To coordinate every publication effort in the University that are funded either by the university’s financial source or other legitimate source.
vii) To offer professional service to the customers in a flexible and economic way and systematically manage the service and publication process.