Insiden Dan Dimensi Kemiskinan Di Baling Kedah

USD $ 6.99

Adakah pendapatan yang sedikit itu menggambarkan seseorang itu miskin? Buku ini mengisahkan dan menggambarkan kehidupan penduduk di daerah Baling. Buku ini menegaskan kemiskinan tidak seharusnya diukur dan dilihat dari sudut kewangan sahaja. Penulisan ini berasaskan kajian yang menggunakan pendekatan Multidimensional Poverty Index (MPI) seperti yang dicadangkan oleh Alkire dan Foster (2007), yang melihat kemiskinan dalam beberapa dimensi yang telah dikenal pasti. Data yang digunakan adalah data berbentuk primer yang diperoleh daripada kajian yang dilakukan ke atas isi rumah mengikut mukim yang terdapat di daerah Baling. Kajian dilakukan pada bulan Mac dan April 2011, daripada 200 isi rumah yang menjadi sasaran kajian, hanya 198 yang dianalisis; dua isi rumah lagi tidak memberi maklumat yang lengkap mengenai keadaan isi rumahnya.

Walau bagaimanapun, analisis yang menggunakan pendekatan satu dimensi iaitu yang menggunakan pendekatan pendapatan garis kemiskinan (PGK) untuk membezakan antara yang miskin dengan yang tidak miskin juga dilakukan untuk tujuan perbandingan. Ternyata masalah utama yang membelenggu kebanyakan penduduk daerah Baling adalah masalah kekurangan zat makanan dan kekurangan tanah di samping kekurangan ternakan peliharaan.

Email
Academic Work By : UUM Press
SKU: uum-5 Category: Tags: , , , , , , ,

Additional information

Type

Softcopy, PDF

Author

Siti Hadijah Che Mat

ISBN

978-967-5311-96-3

Year Published

2012

Pages

77

i) To encourage scholars in the University to publish their scholarly work or teaching materials either in books, monographs or journals that meet publication standards.

ii) To encourage writings and translations into Bahasa Malaysia that have academic values and are beneficial to be used as teaching materials.
iii) To consider any works that can be published under the University’s IMPRINT.
iv) To print, distribute and sell any works that can be published under the University’s IMPRINT.
v) To have publication collaborations with Dewan Bahasa dan Pustaka and other scholarly publishers outside UUM.
vi) To coordinate every publication effort in the University that are funded either by the university’s financial source or other legitimate source.
vii) To offer professional service to the customers in a flexible and economic way and systematically manage the service and publication process.