Remaja dan Kawalan Sosial

USD $ 5.99

Pelbagai isu yang membabitkan gejala sosial dalam kalangan remaja semakin kerap disiarkan atau dipaparkan di media massa sama ada media cetak mahupun media elektronik. Isu seperti ponteng sekolah, penyalahgunaan dadah, hubungan seks tanpa nikah, mat rempit dan gengsterisme sering kali dikaitkan dengan remaja. Buku ini memaparkan permasalahan sosial remaja di perumahan pangsa kos rendah. Buku ini menilai adakah sistem hubungan kejiranan sedia ada berupaya bertindak sebagai mekanisme kawalan sosial informal bagi menangani salah laku remaja.

Buku ini juga menggabungkan kedua-dua kaedah kuantitatif dan kualitatif serta pengumpulan data menggunakan kaedah tinjauan, temu bual dan pemerhatian. Terdapat perbezaan hubungan kejiranan berdasarkan faktor bangsa ibu bapa dan terdapat hubungan antara hubungan kejiranan dengan salah laku remaja. Subbudaya remaja, keadaan anomie dan kegagalan hubungan kejiranan untuk bertindak sebagai mekanisme kawalan sosial infomal, menjadi punca remaja terlibat dalam pelbagai salah laku. Justeru, disarankan agar kejiranan mampu berfungsi sebagai satu mekanisme kawalan sosial informal bagi menangani gejala sosial dalam kalangan remaja.

Email
Academic Work By : UUM Press
SKU: uum-3 Category: Tags: , , , , ,

Additional information

Type

Softcopy, PDF

Author

Zakiah Jamaluddin

ISBN

978-967-0474-03-8

Year Published

2012

Pages

82

i) To encourage scholars in the University to publish their scholarly work or teaching materials either in books, monographs or journals that meet publication standards.

ii) To encourage writings and translations into Bahasa Malaysia that have academic values and are beneficial to be used as teaching materials.
iii) To consider any works that can be published under the University’s IMPRINT.
iv) To print, distribute and sell any works that can be published under the University’s IMPRINT.
v) To have publication collaborations with Dewan Bahasa dan Pustaka and other scholarly publishers outside UUM.
vi) To coordinate every publication effort in the University that are funded either by the university’s financial source or other legitimate source.
vii) To offer professional service to the customers in a flexible and economic way and systematically manage the service and publication process.