Penulisan Akademik dalam Bidang Sains Sosial

USD $ 11.99

Menulis merupakan satu kemahiran yang tidak boleh dikuasai tanpa seseorang itu memiliki ilmu asas menulis yang baik. Menulis juga menuntut seseorang itu memberikan tumpuan sepenuhnya tentang apa yang ditulis.  Jika minat dan kegharahan menulis tidak ada dalam jiwa seseorang itu, tentu amat sukar untuk beliau menghasilkan sesuatu penulisan, sama ada berbentuk akademik mahupun karya kreatif. Justeru, buku ini dihasilkan untuk membantu pelajar siswazah untuk menghasilkan penulisan akademik yang baik.

Buku ini disusun mengikut kehendak pelajar, iaitu bermula daripada pembacaan kritis, menulis perenggan dan ayat sehinggalah mendidik pelajar supaya tidak melakukan plagiarisme dalam penulisan mereka.   Buku ini mengandungi 13 bab yang disusun mengikut urutan.   Setiap bab salin berkaitan dan ia membantu pelajar untuk menulis, terutamanya berkaitan tajuk-tajuk penting apabila menulis dalam Bab 1, 2 dan 3 dalam tesis atau kertas projek yang dihasilkan. Juga diberi perhatian ialah aspek kesalahan bahasa dan cara menulis rujukan mengikut Gaya UKM.

Rumusannya, buku ini dihasilkan untuk membantu pelajar siswazah Fakulti Pendidikan UKM khususnya bagaimana hendak menghasilkan penulisan yang baik. Buku ini juga sesuai digunakan oleh pelajar sarjana muda, pensyarah yang mengajar asas penulisan akademik di universiti awam, universiti swasta dan juga institut pendidikan guru. Semua contoh dalam buku kini adalah contoh sebenar yang boleh dijadikan asas kepada pelajar bagaimana untuk menghasilkan satu penulisan akademik yang baik.

Additional information

Type

Hardcopy

Authors

Zamri Mahamod & Yahya Othman

ISBN

9789674123697

Year Published

2016

Pages

365

Delivery

1-2 weeks for Malaysia
5-8 weeks for Worldwide

Misi
Membentuk satu organisasi yang menjadi penyalur dan penyebar korpus ilmu peribumi dan pemikiran Bangi yang mantap dan berkesan sesuai dengan cabaran globalisasi semasa melalui penerbitan.

Wawasan
Menjadi peneraju penerbitan ilmiah dan penerbitan universiti dalam dunia komunikasi ilmiah

Matlamat
Memperkasakan ilmu peribumi Malaysiana serta Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu melalui penerbitan ilmiah dan penerbitan universiti.