Additional information
Author | Noor Rohana Mansor |
---|---|
ISBN | 978-967-0524-13-9 |
Year Published | 2013 |
Pages | 146 |
Type | PDF copy |
USD $ 5.59
Buku ini dihasilkan dengan hasrat untuk membantu kalangan pendidik memantapkan keupayaan dalam membina dan menghasilkan soalansoalan
yang berkualiti dan berkesan untuk membentuk intelek pelajar ke arah kemantapan berfikir yang menjadi salah satu daripada aset penting
pembangunan modal insan berkualiti tinggi.
Secara khususnya buku ini menyediakan garis panduan dan bimbingan yang komprehensif dalam membina soalan-soalan yang berkualiti merentas bidang pengajian di dalam kurikulum pendidikan negara. Penggunaan soalan dan penyoalan yang meliputi kepelbagaian aras kognitif dapat menjamin
kualiti berfikir pelajar dan membentuk tahap keupayaan serta kebolehan pemikiran mereka.
Penggunaan soalan dengan berkesan menjadi alat untuk merangsang pemikiran di samping menilai status pemikiran serta mengarahkan kepada pembelajaran yang lebih produktif. Malah menerusi input daripada buku ini juga dapat dijadikan senarai semak serta instrumen untuk menganalisis kualiti binaan soalan serta penggunaan soalan dan penyoalan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran mahupun di dalam bahan-bahan dokumentasi kurikulum yang sememangnya memberi kesan kepada pembentukan dan penghasilan keupayaan berfikir pelajar.
Author | Noor Rohana Mansor |
---|---|
ISBN | 978-967-0524-13-9 |
Year Published | 2013 |
Pages | 146 |
Type | PDF copy |
UMT Press objectives are: