Additional information
Type | Softcopy, PDF |
---|---|
Authors | Harlida Abdul Wahab & Nurli Yaacob |
ISBN | 978-967-0876-46-7 |
Year Published | 2016 |
Pages | 126 |
USD $ 7.51
Buku ini membincangkan aspek pengurusan sungai menurut undang-undang. Isu yang diketengahkan dan menjadi perkara utama perbincangan ialah sungai yang menjadi sumber utama membekalkan air kepada manusia. Namun, akibat daripada faktor yang pelbagai termasuk aktiviti manusia, kualiti air sungai berada pada tahap yang membimbangkan. Pencemaran yang berlaku terhasil daripada pembuangan sisa industri, domestik dan sebagainya menjejaskan kualiti air sungai yang sepatutnya membekalkan air bersih untuk kehidupan. Undang-undang dilihat sebagai salah satu mekanisme luaran yang mampu menjamin pengurusan sungai yang sempurna supaya terhindar dari sebarang unsur pencemaran.
Selain itu, kerangka perundangan yang sedia ada diaplikasi di Malaysia menjadi punca perwujudan kerangka institusi yakni agensi atau jabatan yang ditubuhkan bagi tujuan melaksana dan menguatkuasakan perundangan tersebut. Atas dasar ini maka skop perbincangan adalah tertumpu kepada tiga perkara iaitu masalah pencemaran dan pengurusan sungai, peruntukan undang-undang yang terpakai di Malaysia, dan agensi yang terlibat dalam melaksana dan menguatkuasakan undang-undang.
Type | Softcopy, PDF |
---|---|
Authors | Harlida Abdul Wahab & Nurli Yaacob |
ISBN | 978-967-0876-46-7 |
Year Published | 2016 |
Pages | 126 |
i) To encourage scholars in the University to publish their scholarly work or teaching materials either in books, monographs or journals that meet publication standards.